Panduan menyemak rekod markah murid sekolah anda — log masuk, markah, murid sedang mencuba dan analisis soalan.
cabarandigital.muaredu.com
1
Log masuk sebagai guru
Di portal cabarandigital.muaredu.com, klik 👩🏫 Log Masuk Guru di penjuru atas kanan. Kemudian isi:
1Kod Sekolah — kod sekolah anda, contohnya JBA5004.
2Kata Laluan — masukkan kata laluan seperti yang dimaklumkan kepada sekolah anda melalui saluran rasmi.
3Tekan Log Masuk.
Skrin log masuk guru — kod sekolah dan kata laluan.
Nota Kata laluan tidak dinyatakan dalam manual ini atas sebab keselamatan. Jika sekolah anda belum menerima maklumat kata laluan, hubungi penyelia daerah.
2
Tab Markah Murid
Selepas log masuk, anda akan melihat senarai murid sekolah anda sahaja bagi modul yang dipilih:
1Pilihan modul — tukar antara Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
2Tab paparan — Markah Murid / Murid Sedang Mencuba / Analisis Soalan.
3Carian & tapisan — cari nama atau ID Delima, tapis ikut kelas. Butang ⬇ Muat Turun CSV menyimpan senarai ini untuk rekod anda.
Tab Markah Murid — senarai markah terbaik murid sekolah anda.
Markah terbaik Jadual menunjukkan percubaan TERBAIK setiap murid — peratus, XP, bilangan misi sempurna dan bilangan percubaan.
3
Murid Sedang Mencuba
Tab ini menunjukkan murid yang sedang menjawab pada waktu ini — markah semasa mereka secara langsung. Klik kad murid untuk melihat butiran soalan demi soalan (betul ✓, salah ✗, guna petunjuk).
Kad murid sedang mencuba — klik untuk butiran soalan.
4
Analisis Soalan
Tab ini menganalisis prestasi setiap soalan bagi sekolah anda: peratus betul percubaan pertama, penggunaan petunjuk, dan status warna:
1🔴 Perlu Perhatian — kurang 40% murid betul pada percubaan pertama. 🟡 Perlu Latihan Tambahan — 40–69%. 🟢 Baik — 70% ke atas. Gunakan senarai ini untuk merancang pengajaran susulan di kelas.
Analisis soalan dengan status warna dan cadangan tindakan.